Rabu, 20 Jun 2007

WATERCLOSET/JAMBAN - APAKAH KONSEPNYA?

Jamban apakah konsepnya di sebalik flushing? Untuk pengetahuan anda jamban atau water closet dalam bahasa english atau dengan singkatan w.c..mempunyai pelbagai cara untuk flushing atau simbahan....

Diantaranya....

a) wash down

b) siphonic
b1। siphonic jet
b2।siphonic wash

c) etc...



a) WASHDOWN

Satu sistem yang biasa digunakan...simple dan mudah....air yang keluar dari rim mempunyai daya simbahan gravity .Air yang tersimpan di dalam tangki akan keluar apabila valve dibuka dan menuju ke rim wc.Daya yang terhasil bergantung kepada ketinggian air ke garis datum atau sebagai contoh rim w.c.Semakin tinggi air dari garis atau titik datum maka daya yang terhasil lebih kuat.Walaubagaimanapun faktor rupabentuk pipe flushing atau

rekabentuk w.c. juga perlu diambil kira.





b) SIPHONIC



Satu sistem yang mengikut konsep "throat" atau cekik.Apakah maksudnya...? Dalam bahasa yang mudah difahami kita mengambil contoh pipe air yang kita gunakan untuk menyiram bunga..apabila kita mengecilkan lubang aliran keluar air, kita dapati bahawa air semakin laju....

Satu lagi contoh perbandingan ialah..basin pencuci pingan.Perhatikan lubang keluar air basuhan...atau waste hole...Jika kita takungkan air didalam basin dengan menutup lubang keluar.Kemudian tarik penutup air tersebut.....perhatikan keadaan apabila air yang semakin kurang dilubang keluar...air menjadi semakin laju...berputar seperti ribut tornado...dan menghasilkan daya tarikan...Maka inilah konsep yang digunakan dan dinamakan siphonic.



e-mail: abdzamir75@yahoo.com.my